Tuesday, April 1, 2008

沙 登 地 价 问 题


Cari Langkah Terbaik Selesaikan Masalah Banjir Di Taman Sri Langat


Pian Hon Janji Terus Berbakti Di Serdang


Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Dato’ Yap Pian Hon

Pemimpin-pemimpin akar umbi MCA merasa sedih, kecewa dan terkejut atas kekalahan dan prestasi yang teruk dalam keputusan pilihanraya umum ke 12 ini. Ia akan menghilangkan pengaruh politik MCA di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Keputusan pilihan raya ini menunjukkan kekalahan yang paling teruk sejak penubuhan parti MCA. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina melalui undi memberi mesej yang cukup jelas dengan perasaan tidak puas hati kepada MCA. Ini dianggap sebagai satu tanda hilang kepercayaan kepada MCA khasnya Presiden MCA Datuk Seri Ong ka Ting dimana beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya agar meletak jawatan sebagai Presiden tanpa mencari alasan untuk menolaknya dengan membuka jalan untuk memilih pemimpin-pemimpin baru melalui proses demokrasi agar memberi nafas baru untuk membina semula dan mengembalikan semangat perjuangan baru kepada parti dan masyarakat Cina.

Faktor-faktor penyebab kekalahan yang dianggap oleh pemimpin-pemimpin akar umbi MCA ialah:

  1. Sikap autokrasi dan cara pilih kasih oleh Presiden MCA untuk melantik calon-calon MCA tanpa menghiraukan kehendak dan pandangan rakyat di kawasan-kawasan pilihan raya tertentu menyebabkan sentimen negatif rakyat terhadap calon MCA.

  1. Dasar-dasar untuk membela kepentingan masyarakat Cina dari Presiden MCA tidak dapat mencapai permuafakatan dan persefahaman di kalangan akar umbi masyarakat Cina mengakibatkan kekalahan.

  1. Kepimpinan Presiden MCA dalam parti mempunyai agenda politik tersendiri yang menghasilkan pelbagai spekulasi dan pencanggahan pendapat yang menyebabakan kekuatan politik MCA terjejas.

Situasi politik MCA sekarang berada dalam keadaan kritikal yang telah terjejas perjuangan politik parti. Maka, pemimpin-pemimpin akar umbi MCA harus mempunyai keberanian untuk menjalankan perubahan melalui proses demokrasi untuk memilih pemimpin-pemimpin MCA baru agar budaya politik demokrasi yang tulen dengan memindah perlembagaan parti bagi menggugurkan kuasa Presiden MCA untuk melantik AJK MCA negeri dengan menggantikan sistem pemilihan perwakilan parti.

Sekarang, bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan dari masyarakat Cina merupakan agenda utama MCA serta perjuangan politik MCA perlu dihormati oleh parti-parti komponen Barisan Nasional untuk menentukan dasar-dasar negara bagi melindungi kepentingan masyarakat Cina.

Dato’ Yap Pian Hon

Bekas Naib Presiden MCA

Bekas Ketua Pemuda MCA

15hb Mac 2008

前 任 马 华 副 总 会 长 拿 督 叶 炳 汉,他 也 是 前 任 马 青 总 团 长 于2008 年3 月15 日 对 马 华 候 选 人 惨 败 事 件 发 表 下 列 声 明 :


马 华 全 国 基 层 领 袖 对 第 十 二 届 大 选 中 马 华 候 选 人 遭 受 到 空 前 惨 败,使 马 华 在 在 雪 州,吡 叻,槟 城 及 吉 打 完 全 失 去 政 治 影 响 力 及 代 表 权,深 表 震 惊,痛 心 与 失 望。

这 是 马 华 创 党 以 来,最 严 重 的 政 治 挫 折,这 也 是 选 民 尤 其 是 华 社 对 马 华 领 导 层 作 出 非 常 清 楚 的 一 项 不 满 讯 息 的 传 达,同 时 对 马 华 总 会 长,也 是 党 的 总 舵 手 拿 督 斯 里 黄 家 定 投 下 不 信 任 票,而 总 会 长 必 须 负 起 马 华 惨 败 的 政 治 局 面, 应 具 有堂 堂 正 正,清 清 白 白,踏 踏 实 实 的 勇 气 辞 职,而 不 应 有 任 何 藉 口 推 卸 责 任。让 马 华 基 层 领 袖 在 民 主 程 序 下 选 出 新 的 领 导 层, 重 新 恢 复 党 的 斗 志 及 华 社 信 心,使 马 华 在 新 的 政 治 格 局 中 再 度 出 发。

马 华 基 层 领 袖 认 为 党 在 大 选 中 惨 败 基 本 因 素 是 :

(一)总 会 长 独 揽 大 权,以 个 人 喜 恶 为 依 归 推 选 候 选 人 而完 全 忽 略 各 选 区 内 人 民 的 意 愿,看 法 与 需 求。这 项 专 横 且 具 有 排 除 异 己 倾 向 的 政 治 态 度 在 大 选 中 产 生 反 感。

(二)总 会 长 所 宣 布 的 政 治 决 策 与 华 社 权 益 事 项,没 有 获 得 各 阶 层 华 社 的 认 同 及 达 致 共 识,这 一 厢 情 愿 政 治 策 略 形 成 大 选 中 负 面 结 局。

(三) 总 会 长 在 党 内 执 行 个 人 的 政 治 议 程 的 倾 向,引 起 马 华 基 层 领 袖 作 出 诸 多 猜 测 与 不 同 看 法,进 而 影 响 党 的 政 治 凝 聚 力 及 政 治 斗 志。

马 华 当 前 的 政 治 处 境,经 已 为 党 带 来 冲 击 及 政 治 力 量 生 存 的 危 机,所 有 爱 党 的 马 华 基 层 必 须 具 有 勇 气 与 决 心 通 过 民 主 程 序 改 变 当 前 马 华 领 导 层。而 马 华 的 政 治 民 主 文 化 必 须 全 面 贯 彻, 因 此 州 联 委 会 成 员 应 恢 复 通 过 民 主 选 举, 在 进 行 修 改 党 章 摒 弃 通 过 总 会 长 个 人 权 力 去 委 任。

恢 复 党 员 信 心 及 华 社 的 支 持 是 全 国 马 华 基 层 当 前 的 一 项 重 任,马 华 在 国 家 政 治 领 域 进 一 步 受 到 友 党 的 重 视 与 尊 重 及 对 国 家 政 策 的 决 定 将 视 未 来 马 华 领 导 层 的 勇 气 与 决 心 而 定。

拿 督 叶 炳 汉

前 任 马 华 副 总 会 长

前 任 马 青 总 团 长

2008 3 15