雪州国阵宣传主任拿督叶炳汉表示,国阵成员党各级宣传局成员必须收集资料全面揭露行动党伊斯兰党公正党在2008年大选所许下的承诺仍然没有兑现而雪州民联政府过去五年来施政中采取厚此薄彼及双重标准的政策对待雪州人民,导致州内诸多问题无法解决,民联三党结盟貌合神离政纲互异,充满争论性而导致人民权益受损,在來届大选让人民有机会否决民联三党候选人。
叶氏指出,各级宣传局成员在大选备战时肩负重大的责任向人民提供国阵政府在社会经济政治行政工作的转型进展,让人民充分掌握足够的资讯,去消除行动党伊斯兰党公正党所散播一些不正确的讯息给予人民带来一些负面印象。
叶氏是在沙亚南雪州国阵总部会议室主持雪州国阵成员党各级宣传局成员联席会议上时所作的上述谈话。
叶氏称,雪州国阵持续进行下乡访问聆听及接触社群,传达及分析国阵各项转型政策的讯息显示国阵不是一个一成不变的政党,在进行改革纠正过去所犯上的一些错误决策的决心。
会议经过冗长聆听各区宣传策略工作报告及提出宣传系统重点而一致认为备战工作仍需加倍努力,增进信心,做好准备为重夺雪州政权而铺路。
31.01.2013
Ketua
Penerangan BN Selangor Datuk Yap Pian Hon hari ini menyarankan supaya biro
penerangan parti-parti komponen BN di semua peringkat menumpukan tenaga
mendapatkan maklumat untuk mendedahkan secara menyeluruh pembohongan DAP, PAS
& PKR dan kemungkiran janji-janji mereka dalam manifesto PRU 2008 kepada
rakyat di negeri Selangor.
Sehubungan
dengan itu, beliau juga mahu jentera BN menyebarkan segala maklumat yang
relevan mengenai pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Selangor yang berat
sebelah, memilih kasih dan dua taraf sehingga rakyat di negeri itu menderita
kerana masalah-masalah mereka tidak dapat diatasi.
“Kita
hendaklah menyedarkan rakyat tentang kelemahan-kelemahan pentadbiran Kerajaan
Pakatan Selangor, persengketaan sesama pemimpin mereka, iaitu yang tidur atas
satu bantal tetapi mimpi lain-lain, dan bermacam-macam kontroversi yang
dicetuskan Pakatan Rakyat. Kita menyeru rakyat menolak calon-calon dari
DAP-PAS-PKR habis-habisan di dalam PRU13 akan datang ini,” tegas beliau menyatakan
demikian semasa mempengerusikan mesyuarat Biro Penerangan dan Publisiti
pelbagai peringkat parti-parti komponen BN Selangor di ibu pejabat BN di Shah
Alam.
Menurut Datuk
Yap, semua biro penerangan BN perlu melipat-gandakan usaha mereka dalam
memberikan penerangan secukupnya kepada rakyat mengenai pencapaian
program-program transformasi Kerajaan BN, terutama bagi bidang-bidang social ekonomi,
pentadbiran awam, dan politik.
“Usaha ini
adalah bagi memastikan rakyat memperolehi penerangan dan maklumat yang betul
dan benar, dan dengan itu kita dapat menghapuskan segala fitnah, maklumat palsu
serta berita yang diputar-belitkan oleh DAP-PAS-PKR yang bertujuan memancing
undi.
“Lebih-lebih
lagi kita perlulah bekerja kuat dalam aspek memperbetulkan persepsi dan
tanggapan negatif sebilangan rakyat akibat putar-belit dan dakyah parti
pembangkang, supaya rakyat menikmati kemakmuran dan kestabilan pentadbiran BN
yang cekap,” tambah beliau.
Datuk Yap
menegaskan lagi, “BN Selangor akan meneruskan kegiatan-kegiatan turun ke padang
untuk mendekati rakyat dan mendengar suara mereka, sambil meyakinkan rakyat
semua bahawa BN bukanlah parti yang hanya memeluk tubuh ianya BN adalah parti
yang dinamik dan sudahpun melaksanakan pelbagai transformasi supaya setengah-tengah
kesilapan dan kelemahan masa lalu tidak akan berulang, Ini membuktikan
keikhlasan dan tekad BN untuk memperbaiki perkhidmatannya kepada rakyat.”
Taklimat ringkas
dan pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli biro penerangan dan publisiti
disampaikan dalam mesyuarat berkenaan dan merumuskan beberapa pendekatan
efektif yang boleh dilaksanakan oleh parti demi menaikkan semangat ahli-ahli
dalam membuat persediaan peringkat terakhir untuk menebus semula kuasa di
negeri Selangor.
31.01.2013