Pemimpin akar umbi cawangan, Pemuda dan Wanita dari UMNO, MCA, MIC Serdang Lama dan Desa Serdang
telah mengadakan satu perjumpaan mesra dan sesi dialog yang bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara parti-parti komponen dikawasan tersebut, seterusnya mewujudkan
satu persada dan saluran untuk bergerak dan bertindak bersama bagi menyuarakan
masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat setempatnya.
Majlis ini ditaja dan dikoordinasi oleh Sdr Tan Kok Chin,
Pengerusi MCA Cawangan Serdang Lama yang dapat sambutan hangat dan menggalakkan
dengan ratusan pemimpin akar umbi cawangan turut hadir termasuk Tuan Haji
Mohamed Noor Che Mat, Ketua UMNO Desa Serdang, Sdr Yuvaraj Krishna, Pengerusi
MIC Cawangan Desa Serdang, dan Sdr Lim
Kum Fook, Pengerusi MCA Desa Serdang serta Dato Yap Pian Hon, Ketua Pusat
Khidmat Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang,
Sdr Tan Kok Chin berkata “Tujuan menganjurkan perjumpaan ini
adalah untuk merapatkan lagi hubungan
antara parti komponen di kawasan Serdang Lama dan Desa Serdang. Kita perlu
mewujudkan persefahaman dan merancang aktiviti politik dan sosial bersama bagi
mempertingkatkan lagi perkhidmatan lebih berkesan dengan mendedahkan
kepincangan dan kelemahan pentadbiran Kerajaan Pakatan Selangor agar masyarakat
setempat dapat memahami kedudukan dan situasi kemelut politik DAP-PKR-PAS
Selangor.”
Hajjah Salmah Mahmod, Ketua Wanita Desa Serdang dan Sdr
Yuvaraj Krishna, Pengerusi MIC Cawangan Desa Serdang menyeru ahli-ahli parti BN
perlu memperkukuhkan lagi organisasi cawangan masing-masing dengan mewujudkan
pasukan kekuatan politik bagi menghadapi cabaran masa depan agar imej parti
terjamin untuk menarik sokongan orang ramai menjelang PRU Ke-14.
Dato Yap Pian Hon, selaku Penasihat MCA Cawangan Serdang Lama
menghuraikan sejarah politik Pra Merdeka dengan tertubuh Parti Perikatan yang
dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC untuk memperjuangkan kemerdekaan sehingga negara
kita bebas daripada belenggu penjajahan agar pelbagai kaum menikmati
kemakmuran, kemajuan dan keamanan sepanjang masa ini. Sejarah kerjasama politik
UMNO-MCA-MIC telah memperkukuhkan persefahaman, perpaduan untuk mengeratkan
hubungan pelbagai etnik sehingga kini.
Dato’ Yap memuji pemimpin akar umbi UMNO-MCA-MIC kawasan ini
ambil inisiatif untuk menganjurkan majlis mesra dan sesi dialog yang akan
berhasil sikap positif bersama untuk
memulihkan kekuatan politik bagi meraihkan sokongan masyarakat setempat kepada
BN.
Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan ringan bagi meraikan
para pemimpin akar umbi yang hadir bersama.
18.11.2014