1. Projek pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 di Bandar Tun
Hussein Onn, Cheras Kawasan Balakong yang dilaksanakan pada 16.04.2015 dan
jangka siap pada penghujung Tahun 2017 ini dengan anggaran RM 20 Juta di atas
tapak seluas 2.89 ekar.
2. Projek Pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat di Bandar Tun
Hussein Onn, Cheras, Kawasan Balakong telah dilaksanakan pada 27.10.2015 dan
jangka siap pada penghujung Tahun 2017 ini dengan peruntukan RM 6,790,000.00 di
atas tapak seluas 1.53 ekar.
Kedua-dua projek
tersebut yang dicadangkan dan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan dan
Kementerian Perumahan dan Kerajan Tempatan oleh Dato’ Yap Pian Hon, semasa
sebagai Ahli Parlimen Serdang dan surat kelulusan telah diterima pada tahun
2013 untuk memaklumkan projek berkenaan akan menyiapkan segala dokumen dan
pelan bangunan dengan memanggil tawaran pada tahun 2015.
Sepanjang masa
pelaksanaan pembinaan projek-projek tersebut diikuti dan dimantau oleh pemimpin-pemimpin
Pusat Khidmat dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang yang diketuai oleh
Dato’ Yap Pian Hon supaya projek–projek berkenaan akan mengikut jadual
pembinaannya agar projek-projek berkenaan yang disiapkan akan manfaat kepada
beratus ribu rakyat jelata di sekitar kawasan Bandar Tun Hussein Onn dan akan
menikmati kemudahan kesihatan dan perubatan dekat kediamanya serta akan memberi
kemudahan mencegah kebakaran di sekitar kawasan kediaman, perindustrian, pusat
perdagangan kelak.
Dato’ Yap berkata,
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengutamakan membekalkan kemudahan kepada rakyat
yang memerlukan dan janji, komitmen BN dikotakan.
28.08.2017