Wednesday, January 20, 2010

Pembangunan Infrastruktur Di Seri Kembangan - MPSJ

Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang MCA, Dato’ Yap Pian Hon telah menghantar surat kepada Dato’ Adnan Bin Md Ikshan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 11-01-2010 supaya meminta pihak Majlis bagi memberi penjelasan tentang kedudukan lapan (8) projek infrastruktur yang telah dikomited di Sekitar Seri Kembangan kenapa masih belum dilaksanakan atau diantaranya telah dilaksanakan terdapat kurang sempurna dan lengkap sehingga kini.

Dengan adanya hasil kutipan pihak majlis sejumlah RM 201 juta dalam bajet tahun 2010 yang begitu baik akan merangsangkan untuk memenuhi hasrat rakyat untuk membaiki, menaiktaraf, menyelenggara infrastruktur dan agihan peruntukan yang munasabah dan adil di sekitar kawasan Seri Kembangan.

Pihak pejabat ini telah menyemak dan meneliti ke atas rekod dan catatan yang dahulu telah terdapat beberapa projek infrastruktur berikut yang telah dikomited dan dijanji oleh pihak majlis masih belum dikotakan atau kurang sempurna di sekitar kawasan Seri Kembangan.

(1) Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Serdang Perdana

Projek ini telah dipersetujui oleh pihak majlis dan juru perunding telah dilantik untuk kajian dan mencadangkan rekabentuk persimpangan bertingkat berkenaan.

Maklumbalas tentang projek ini pernah dibentangkan dalam Mesyuarat J/K Tindakan Daerah Petaling pada tahun 2007 dan minit mesyuarat yang direkodkan, tetapi projek ini masih belum dapat dilaksanakan sehingga kini yang menyebabkan para penduduk di sekitar Serdang Perdana mengalami begitu susah kerana sesak lalulintas sepanjang masa ini.

(2) Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat “Semi-Diamond” Pusat Perdagangan Seri Kembangan.

Cadangan telah diputuskan dalam mesyuarat bulanan yang diumumkan oleh YDP MPSJ kepada mass media untuk memenuhi syarat JKR di mana persimpangan Jalan antara Pusat Perdagangan Seri Kembangan dengan Jalan Putra Permai (Laluan 3215) dibina lampu isyarat secara jangka pendek dan membina persimpangan bertingkat secara jangkan panjang yang diselaraskan oleh pihak MPSJ di mana pihak perunding telah dilantik untuk kajian.

Pihak majlis yang telah komited kepada syarat yang dikenakan oleh JKR untuk membina persimpangan bertingkat “Semi-Diamond” masih belum dikotakan sehingga kini yang dijadikan kawasan berkenaan penuh sesak lalulintas dan merbahaya kepada para pengguna jalan kerana Jalan Putra Permai ke persimpangan ini adalah belok dan curam yang memasang lampu isyarat sementara telah bertambah risiko kemalangan.

(3) Cadangan Kerja Menaiktaraf Jalan BS 3/1 Hingga Ke Pasar MPSJ (Jalan BS 5/27), Bukit Serdang.

Pihak MPSJ telah melantik juru perunding dan mengemukakan rekabentuk baru untuk menaiktaraf Jalan BS 3/1 hingga ke Jalan BS 5/27 (tapak pasar baru MPSJ).

Kerja-kerja menaiktaraf jalan ini telah dilaksanakan sehingga sebahagian jalan saja (lebih kurang 600 meter) siap pada awal tahun 2008 yang bukan penyeluhanan jalan dinaiktaraf yang menyebabkan sepanjang jalan tidak mengikuti piawaian jalan dan kurang selamat, sesak yang mudah menghadapi risko kemalangan. Kenapa komitmen MPSJ untuk menaiktaraf sepanjang Jalan BS 3/1 hingga Jalan BS 5/27 tidak menyempurnakan janjinya?

(4) Cadangan Menaiktaraf Jalan SK 6/1 Hingga ke Jalan Putra Permai.

Pihak majlis telah melantik juru perunding dan mengemukakan reka bentuk baru jalan ini sebagai laluan 2 lorong 2 hala dan kerja-kerja menaiktaraf jalan ini telah siap dibina pada penghujung tahun 2007, tetapi terdapat sebahagian jalan tidak dinaiktaraf dijadikan 2 lorong 2 hala yang masih kekal kedudukan jalan yang sedia ada.

Terdapat kenderaan terletak di kanan kiri muka lorong jalan sepanjang Jalan SK 6/1 yang menyekat aliran trafik kerana kurang tempat letak kereta dirancangkan di kawasan perniagaan di sebelah jalan itu.

Kerja-kerja menaiktaraf jalan ini memang kurang sempurna yang menyebabkan orang ramai menghadapi masalah kesesakan, risiko bahaya yang menganggap bahawa pihak MPSJ mmbiarkan keadaan yang demikian tanpa apa-apa tindakan diambil untuk dinaiktaraf dan dibaikpulihkan terhadap sebahagian jalan dalam keadaan pincang sepanjang dua (2) tahun ini.

(5) Sistem Aliran Trafik Di Kawasan Perindustrian Sek 14, Bukit Serdang

Pihak MPSJ telah mengubah sistem aliran trafik dan mengsehalakan jalan di kawasan tersebut untuk mengurangkan kesesakan di Jalan SR 7/2, Serdang Raya yang telah menyulitkan para pengusaha kilang dan perniagaannya di kawasan perindustrian itu.

Tindakan aduan dan rayuan bertandatangan secara ramai-ramai daripada para pengusaha di kawasan perindustrian ini telah dikemukakan kepada pihak MPSJ dan pihak MPSJ telah menyatakan bahawa perubahan sistem aliran trafik di kawasan ini hanya bersifat sementara dan berjanji akan mengubah kembali sistem aliran trafik tersebut kepada keadaan biasa apabila jalan susur keluar dari Taman Perindustrian Bukit Serdang Sek 14 ke Jalan Puchong-Sg Besi siap dilaksanakan.

Tetapi, jalan susur berkenaan telah siap dan telah digunapakai yang lama, keadaan sistem aliran trafik di kawasan berkenaan masih belum berubah, kenapa janji daripada pihak MPSJ tidak ditunaikan ?

(6) Projek Pembangunan Semula Lot 5740 (Tapak Pasar Lama) Seri Kembangan Telah Diswastakan Untuk Dijadikan Pusat Perniagaan dan Lot 1925 Seri Kembangan Diserahkan Untuk dijadikan Tapak Pasar Baru.

Lot 5740 telah diswastakan untuk menyusun semula struktur Pekan Seri Kembangan supaya tapak pasar lama yang kini dalam keadaan buruk, sesak dan kotor dapat dibangun semula untuk dijadikan Pusat Perniagaan agar wajar tapak itu dapat diubah dan menyelesaikan isu kesesakan trafik sekelilingnya.

Lot 1925 juga telah diluluskan kepada syarikat yang sama untuk membina pasar baru bagi menggantikan pasar lama supaya mewujudkan keadan yang lebih selesa dan bersih kepada para penjaja.

Tetapi, komitmen ini masih belum dilaksanakan sehingga kini yang mengecewakan masyarakat setempat yang gagal menikmati keadaan moden dan kualiti hidup yang lebih sempurna di Seri Kembangan.

Apa sebanya projek penswastaan untuk pembangunan semuala yang dibiayai oleh pihak syarikat berkenaan tidak dapat dijalankan mengikut jadualnya ?

(7) Projek Pembangunan Semula Lot 5270 (Tapak Letak Kereta Awam) Seri Kembangan Secara Penswastaan.

Lot 5270 telah diambilalih oleh pihak kerajaan yang diwartakan sebagai tempat letak kereta awam yang tunggal di Pekan Seri Kembangan tetapi telah diswastakan supaya tapak ini dibangunkan dengan bangunan bertingkat yang meliputi tempat letak kereta awam yang cukup dan tersusun bagi menyelesaikan kekurangan tempat letak kereta awam yang serius dihadapi pada kini dan juga akan mengatasi kesesakan trafik akibat kenderaan sengaja terletak di kanan kiri muka lorong laluan yang mengganggu aliran trafik sepanjang Jalan Besar, Seri Kembangan.

Kemudahan tempat letak kereta awam yang cukup dan teratur masih belum dilaksanakan yang masyarakat setempat berhak mengetahui sebabnya lambat dikotakan oleh pihak MPSJ.

(8) Cadangan Menaiktaraf Jalan Keluar Dari Serdang Perdana ke Lebuhraya KL- Seremban.

Pihak LLM telah memberi kelulusan dengan syarat kepada pihak pemaju dan memaklumkan kepada MPSJ untuk pelaksanaan kerja-kerja membina dan menaiktaraf jalan susur dari Serdang Perdana ke Lebuhraya KL-Seremban pada 19-09-2008.

Para penduduk dan pengguna tidak faham apa sebanya jalan susur ini tidak dibuka untuk laluan sedangkan sambungan jalan ke Lebuhraya KL-Seremabn telah siap dibina pada awal 2009.

Pihak MPSJ tidak memberi maklumbalas tentang jalan susur sebagai jalan pintas masih tidak dapat dibuka dan digunakan kepada masyarakat setempat sehingga kini.

Kesimpulan
Mesyuarat demi mesyuarat untuk membincangkan dan meneliti terhadap cadangan projek yang digariskan di atas telah diadakan oleh Pihak MPSJ memang mudah dapat disemak dan diteliti melalui catatan minitnya dan melalui keratan akhbar.

Kelewatan dan kelambatan untuk dilaksanakan projek-projek berkenaan yang dikomited telah ditaksirkan bahawa pihak majlis tidak mengambil berat dan membiarkan kemudahan infrastruktur di sekitar Seri Kembangan dalam keadaan mundur dan rakyat jelata terus menghadapi pelbagai kerumitan dan penderitaan tanpa perubahan sehingga kini.

Perbandingan kemudahan dan kelengkapan Infrastruktur antara Kawasan Subang Jaya / USJ dengan Kawasan Seri Kembangan yang ditadbirkan oleh MPSJ memang beza jauhnya yang telah menghasilkan anggapan dan pandangan daripada rakyat jelata bahawa kawasan Seri Kembangan telah dianaktirikan memandangkan perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran pihak majlis begitu lemah di Seri Kembangan.

Rakyat jelata Seri Kembangan sebagai pembayar cukai ianya mereka berhak dan bertanggungjawab untuk menyuarakan terhadap isu ketidakseimbangan kemudahan infrastruktur yang berlaku sepanjang dua (2) tahun ini.

Dengan demikian, pihak pejabat ini perlu mengemukakan isu-isu tersebut kepada pihak majlis supaya pentadbiran majlis akan memberi maklumbalas terperinci agar menggariskan sebab-sebabnya projek-projek yang dikomited ini terlambat untuk pelaksanaan bagi mengelakkan sebarang anggapan dan taksiran negatif terus dibangkitkan dan disuarakan yang akan terjejas imej pentadbiran dan pengurusan MPSJ.

No comments: