Friday, March 30, 2018

Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn, Balakong akan beroperasi pada 02.04.2018.,



Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn, Balakong, Cheras, Daerah Hulu Langat telah siap dibina dengan kosnya RM 17 juta yang diuntukkan akan bermula operasi pada 02-04-2018 yang memberi perkhidmatan perubatan kepada seramai lebih 50,000.00 penduduk setempat dan kawasan sekitarnya.




Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Khidmat Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang telah menerima surat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk mengesahkan tarikh pembukaan tersebut dengan menyatakan majlis penyerahan klinik berkenaan oleh JKR kepada Kementerian kesihatan telah diadakan pada 23.02.2018.

Cadangan projek ini telah dilaksanakan pada April 2015 dan disiapkan pada penghujung tahun 2017 melalui tawaran yang dipanggil dan diuruskan oleh pihak JKR yang dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor pada 23.4.2015.


Permohonan cadangan pembinanan klinik ini dikemukakan ketika Dato’ Yap Pian Hon, selaku Ahli Parlimen Serdang yang menganggap wajar wujudnya klinik ini bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk yang terlibat 20 kawasan perumahan agar mereka akan menikmati kemudahan kesihatan dan perubatan yang terdekat dan tidak perlu merawat di klinik Batu 9, Cheras yang jauh jaraknya.

Penduduk di kawasan Balakong haruslah memberi sokongan kepada Kerajaan BN yang sentiasa prihatin  ke atas keperluan rakyat.


29/03/2018

No comments: