Friday, January 25, 2008

Menaiktaraf Persimpangan Jalan Serdang Raya/ Jalan Puchong - Sungai Besi



Serdang- Menurut Dato’ Yap Pian Hon, Ahli Parlimen Serdang mengatakan bahawa Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 14.2 juta sebagai pembinaan persimpangan bertingkat di Serdang Raya, Seri Kembangan ke Kuala Lumpur dan Puchong telah dilaksanakan dan projek ini dijangka siap pada Disember 2008.

Kesesakan sepanjang Jalan Serdang Raya disebabkan oleh wujudnya lampu isyarat dekat persimpangan Seksyen 8, Serdang Raya dan keadaan demikian juga berlaku di bulatan Kelab Lumba Kuda Selangor sepanjang beberapa tahun lalu.

Manifesto Pilihanraya Ke 11 tahun 2004 telah disenaraikan projek persimpangan bertingkat ini hendakah dibina. Dengan kesedaran dan kepentingan pengguna jalan raya ini, maka pihak kementerian bersetuju perjuangan Yang Berhormat Dato’ Yap untuk menangani kesesakan ini bagi pelaksanaan projek ini.

Dato’ Yap, penuh yakin bahawa persiapan persimpangan bertingkat ini akan memberi nafas baru dan lega bagi pengguna jalan kerana kesesakan lagi tidak berulang tanpa lampu isyarat.

Ini menunjukkan bahawa wakil rakyat Barisan Nasional sering mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh orang ramai dengan mengambil tindakan untuk menangatasinya dan juga janji pilihanraya yang dikotakan.

No comments: