Thursday, January 31, 2013

雪州国阵宣传局大选备战!Biro Penerangan & Publisiti BN Selangor Bersedia Untuk PRU Ke-13 !




雪州国阵宣传主任拿督叶炳汉表示,国阵成员党各级宣传局成员必须收集资料全面揭露行动党伊斯兰党公正党在2008年大选所许下的承诺仍然没有兑现而雪州民联政府过去五年来施政中采取厚此薄彼及双重标准的政策对待雪州人民,导致州内诸多问题无法解决,民联三党结盟貌合神离政纲互异,充满争论性而导致人民权益受损,在來届大选让人民有机会否决民联三党候选人。

叶氏指出,各级宣传局成员在大选备战时肩负重大的责任向人民提供国阵政府在社会经济政治行政工作的转型进展,让人民充分掌握足够的资讯,去消除行动党伊斯兰党公正党所散播一些不正确的讯息给予人民带来一些负面印象。

叶氏是在沙亚南雪州国阵总部会议室主持雪州国阵成员党各级宣传局成员联席会议上时所作的上述谈话。

叶氏称,雪州国阵持续进行下乡访问聆听及接触社群,传达及分析国阵各项转型政策的讯息显示国阵不是一个一成不变的政党,在进行改革纠正过去所犯上的一些错误决策的决心。

会议经过冗长聆听各区宣传策略工作报告及提出宣传系统重点而一致认为备战工作仍需加倍努力,增进信心,做好准备为重夺雪州政权而铺路。




31.01.2013


Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Yap Pian Hon hari ini menyarankan supaya biro penerangan parti-parti komponen BN di semua peringkat menumpukan tenaga mendapatkan maklumat untuk mendedahkan secara menyeluruh pembohongan DAP, PAS & PKR dan kemungkiran janji-janji mereka dalam manifesto PRU 2008 kepada rakyat di negeri Selangor.


Sehubungan dengan itu, beliau juga mahu jentera BN menyebarkan segala maklumat yang relevan mengenai pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Selangor yang berat sebelah, memilih kasih dan dua taraf sehingga rakyat di negeri itu menderita kerana masalah-masalah mereka tidak dapat diatasi.


“Kita hendaklah menyedarkan rakyat tentang kelemahan-kelemahan pentadbiran Kerajaan Pakatan Selangor, persengketaan sesama pemimpin mereka, iaitu yang tidur atas satu bantal tetapi mimpi lain-lain, dan bermacam-macam kontroversi yang dicetuskan Pakatan Rakyat. Kita menyeru rakyat menolak calon-calon dari DAP-PAS-PKR habis-habisan di dalam PRU13 akan datang ini,” tegas beliau menyatakan demikian semasa mempengerusikan mesyuarat Biro Penerangan dan Publisiti pelbagai peringkat parti-parti komponen BN Selangor di ibu pejabat BN di Shah Alam.

Menurut Datuk Yap, semua biro penerangan BN perlu melipat-gandakan usaha mereka dalam memberikan penerangan secukupnya kepada rakyat mengenai pencapaian program-program transformasi Kerajaan BN, terutama bagi bidang-bidang social ekonomi, pentadbiran awam, dan politik.

“Usaha ini adalah bagi memastikan rakyat memperolehi penerangan dan maklumat yang betul dan benar, dan dengan itu kita dapat menghapuskan segala fitnah, maklumat palsu serta berita yang diputar-belitkan oleh DAP-PAS-PKR yang bertujuan memancing undi.

“Lebih-lebih lagi kita perlulah bekerja kuat dalam aspek memperbetulkan persepsi dan tanggapan negatif sebilangan rakyat akibat putar-belit dan dakyah parti pembangkang, supaya rakyat menikmati kemakmuran dan kestabilan pentadbiran BN yang cekap,” tambah beliau.

Datuk Yap menegaskan lagi, “BN Selangor akan meneruskan kegiatan-kegiatan turun ke padang untuk mendekati rakyat dan mendengar suara mereka, sambil meyakinkan rakyat semua bahawa BN bukanlah parti yang hanya memeluk tubuh ianya BN adalah parti yang dinamik dan sudahpun melaksanakan pelbagai transformasi supaya setengah-tengah kesilapan dan kelemahan masa lalu tidak akan berulang, Ini membuktikan keikhlasan dan tekad BN untuk memperbaiki perkhidmatannya kepada rakyat.”

Taklimat ringkas dan pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli biro penerangan dan publisiti disampaikan dalam mesyuarat berkenaan dan merumuskan beberapa pendekatan efektif yang boleh dilaksanakan oleh parti demi menaikkan semangat ahli-ahli dalam membuat persediaan peringkat terakhir untuk menebus semula kuasa di negeri Selangor.


  
31.01.2013

No comments: