Monday, August 28, 2017

Klinik Kesihatan & Balai Bomba di BTHO, Balakong Dijangka Siap Pd Hujung Tahun 2017.




1.   Projek pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Kawasan Balakong yang dilaksanakan pada 16.04.2015 dan jangka siap pada penghujung Tahun 2017 ini dengan anggaran RM 20 Juta di atas tapak seluas 2.89 ekar.



2.   Projek Pembinaan Balai Bomba Dan Penyelamat di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kawasan Balakong telah dilaksanakan pada 27.10.2015 dan jangka siap pada penghujung Tahun 2017 ini dengan peruntukan RM 6,790,000.00 di atas tapak seluas 1.53 ekar.


Kedua-dua projek tersebut yang dicadangkan dan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajan Tempatan oleh Dato’ Yap Pian Hon, semasa sebagai Ahli Parlimen Serdang dan surat kelulusan telah diterima pada tahun 2013 untuk memaklumkan projek berkenaan akan menyiapkan segala dokumen dan pelan bangunan dengan memanggil tawaran pada tahun 2015.

Sepanjang masa pelaksanaan pembinaan projek-projek tersebut diikuti dan dimantau oleh pemimpin-pemimpin Pusat Khidmat dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang yang diketuai oleh Dato’ Yap Pian Hon supaya projek–projek berkenaan akan mengikut jadual pembinaannya agar projek-projek berkenaan yang disiapkan akan manfaat kepada beratus ribu rakyat jelata di sekitar kawasan Bandar Tun Hussein Onn dan akan menikmati kemudahan kesihatan dan perubatan dekat kediamanya serta akan memberi kemudahan mencegah kebakaran di sekitar kawasan kediaman, perindustrian, pusat perdagangan kelak.

Dato’ Yap berkata, Kerajaan Persekutuan sentiasa mengutamakan membekalkan kemudahan kepada rakyat yang memerlukan dan janji, komitmen BN dikotakan.


28.08.2017

No comments: