Lawatan Timbalan Menteri Kerjaraya, KSU, Pegawai Kanan Kementerian, KP, Pegawai Kanan LLM dan Dato' Yap Pian Hon ke tapak pembinaan "Terowong" (kini digantikan dengan JEJAMBAT) Kajang Utama pada 29.01.2013 dengan mengumumkan cadangan projek pembinaan "terowong" dilaksanakan dikawalselia LLM.
Kini kerja-kerja fizikal "JEJAMBAT" sedang dijalankan akan memberi kemudahan dan keselesaan akses laluan kepada orang ramai disekitar kawasan Kajang Utama terus kePekan Kajang.
Kerajaan BN tetap menepati janji, meski BN kalah di Kawasan Parlimen Serdang dan Kawasan DUN Bangi pada PRU 13 tahun 2013.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan anggaran kos sebanyak RM21 juta untuk projek pembinaan akses laluan dari Taman Kajang Utama ke Taman Kajang Sentral yang melalui Lebuhraya SILK.
Dato' Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang bersama Sdr. Ibrahim Martibi, Ketua UMNO Kajang Utama 2, Sdr. Ishak pemimpin RT Kajang Utama untuk meninjau projek pembinaan Terowong (Underpass) kepada Jejambat (Overpass) sedang dilaksanakan.
Dato' Yap berkata, PM mengambil berat terhadap masalah dan kerumitan yang dihadapi oleh rakyat jelata di sekitar kawasannya dengan diadakan perbincangan khas pada 16.01.2013 dengan Menteri Kerjaraya, KSU dan pegawai kanan, Ketua Pengarah, pegawai kanan LLM dan saya dan bersetuju untuk membina Terowong dengan diumumkan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya pada 29.01.2013 di kawasan tapak utama.
Kerja-kerja pembersihan tapak telah dimulakan pada Julai ini yang dijangka siap pada Julai 2016.
Ada khabar angin daripada pihak tidak bertanggungjawab menyatakan kerajaan BN tidak akan teruskan projek ini, tanggapan itu salah, meski BN kalah, tapi Kerajaan BN tetap menepati janji.
BERSAMA YAB PM SELEPAS PERBINCANGAN KHAS KAITAN CADANGAN PEMBINAAN TEROWONG DI KAJANG UTAMA PADA 16.01.2013.
马华沙登国会选区服务及咨询中心主任叶炳汉,其助理曾学友,巫统先锋镇2区主席依布拉欣等前往加影先锋镇巡视联邦政府耗资2千1百万令吉兴建天桥横跨加影外环大道工程进展,解决该大道带给先锋镇一带社区无法直接前往加影市区及转向士毛月地区的交通缺陷。
葉氏指出,这项民困获得首相于16.04.2013主持会议,工程部长,其秘书长,高级官员,大道局总监与官员及其本人,黄振隆等出席商讨并核准此项工程,预料在2016年7月间完成,兑现国阵政府承诺并消除有人散播国阵大选失利腰斩兴建天桥的谣传。
04.09.2014
No comments:
Post a Comment