Wednesday, September 2, 2015

Kerajaan Pakatan Selangor enggan untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672]

Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang MCA Dato’ Yap Pian Hon dan Timbalan Ketua Tan Kok Chin secara bersama mendesak agar YAB Azmin Ali selaku Menteri Besar, Kerajaan Pakatan Selangor, perlu memberi justifikasi secara umum alasan kenapa enggan untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] dalam negeri Selangor untuk menyelesaikan isu sampah dan sisa secara sistematik dan menyeluruh sedangkan isu sampah dan sisa buangan ini semakin serius dan membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat Selangor.

Seruan ini adalah diperlukan memandangkan YB Dato’ Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengapa Kerajaan Negeri Selangor enggan untuk meratifikasi dan menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] dalam negeri.

Selama ini, Kerajaan Pakatan Selangor telah menerusi pihak berkuasa tempatan melantik kontraktor-kontraktor, untuk mengutip sampah sarap dan sisa buangan, walaubagaimanapun, media telah kerap kali mendedahkan aduan-aduan penduduk-penduduk dalam isu pengurusan sampah yang terjejas kesihatan awam, yang menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Selangor telah gagal dalam menanggani sisa buangan sehingga menyebabkan keadaan berada di luar kawalan. 

Kenyataan akhbar turut menyatakan bahawa Menteri Kesihatan telah menerima banyak aduan dan membuat lawatan ke negeri Selangor dan telah memerhatikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan PBT tidak menguruskan sisa buangan sebaik-baiknya sehingga menyebabkan ancaman kepada kesihatan dan keselamatan awam, serta menyebabkan negeri Selangor mencatat rekod sebagai negeri yang mempunyai kes-kes denggi dan kadar kematian tertinggi. Malah, Beliau turut menyatakan bahawa saman mungkin diisukan terhadap PBT menurut undang-undang.

Kenyataan akhbar turut menyatakan bahawa memandangkan Selangor telah menolak penguatkuasaan Akta tersebut untuk alasan yang tidak diketahui, ianya telah menyebabkan pengasingan sisa pepejal tidak dapat dilaksanakan dalam negeri, walaubagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab urusan kerajaan tempatan, En. Ean Yong Hian Wah telah mengumumkan bahawa bakal terdapatnya pengasingan sisa pepejal di Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kajang dan Ampang Jaya serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya walaupun tiada undang-undang yang mentadbirnya, keadaan ini amat mengelirukan dan menyebabkan penduduk sekitar Lembah Klang tidak jelas terhadap kedudukan sebenar kerajaan negeri. 

Kenyataan akhbar turut menyeru Kerajaan Pakatan Selangor menyatakan pendirian secepat mungkin dan mengkajisemula keputusan untuk meraktifikasikan Akta tersebut untuk membenarkan Akta tersebut dikuatkuasakan dalam negeri. Kesilapan sebelum ini pada tahun 2008 untuk membekukan projek Kerajaan Pusat menyalur air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan loji rawatan air Langat 2, telah menyebabkan kesengsaraan rakyat, dan menyebabkan rawatan air Langat 2 tidak dapat bersiap dalam tahun 2012, kesilapan ini perlu dijadikan sebagai peringatan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri agar jangan menyusahkan rakyat, apabila Kerajaan Negeri Pakatan Selangor kemudiannya telah menerima projek menyalurkan aiar dari Pahang. Kerajaan Pakatan Selangor perlu menerima pengajaran sebelum ini dan perlu menanggani sampah sarap dan sisa buangan secepat mungkin, untuk memproses sisa secara sistematik dan mencegah negeri Selangor daripada  berada dalam keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap.



2 haribulan September 2015

No comments: