Tuesday, November 17, 2015

Kolam Takungan Air Disyaki Punca Utamanya Banjir Berlaku Di Lebuhraya Sg Besi.


Majlis Perbandaran Subang Jaya dan JPS Petaling dikritik kurang tindakan kawalselia, pemeriksaan dan memantau terhadap kolam takungan air yang disyaratkan untuk dibina oleh pemaju supaya penakungan air dijamin dengan diselenggarakan, pembersihan dan dinaiktaraf oleh pihak pemaju dalam keadaan terkawal dan  berkesan bagi mengelakkan melimpah dijadikan air bah di kawasan berhampiran.


Ini dinyatakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Khidmat & Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang dalam sesi perbincangan isu banjir 3 kali dalam tempoh setahun yang melanda di sebahagian Lebuhraya Sg Besi dekat Stesen Komuter Serdang bersama dengan wakil Besraya Sdn Bhd yang diketuai Md Zohir Harun, Wan Mohd Hawari Wan Ramli dan 2 pegawai dan pemimpin NGO Serdang.

Perbincangan diadakan berdasarkan surat yang dihantar kepada syarikat konsensi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mendapat maklumat punca banjir di situ kerana MCA Serdang memandang serius terhadap keadaan banjir di Lebuhraya berkenaan itu yang mengganggu laluan beberapa jam yang menyulitkan para pengguna.


Dalam perbincangan itu meneliti lokasi sistem pemaritan JPS dan Lebuhraya di sekitar kawasan itu dan kolam takungan air pemaju yang disyaki ianya punca utama banjir berlaku dengan menggesa pihak MPSJ dan JPS Petaling perlu siasat segera terhadap kedudukan kolam yang diluluskan untuk mengenalpastikan punca banjir dengan mengambil tindakan untuk mengatasinya.




16.11.2015

No comments: