Monday, September 6, 2010

Pemberian Beras di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan Sempena Perayaan Hari Raya Aidifitri.派送米粮予大学岭单亲家庭欢渡开斋节

Mak Su (salah satu penerima), Jamilah bt Jusoh (salah satu penerima), Azizah Bt Zailani (salah satu penerima), Tuan Haji Hasan Nodin Bin Haji Andak, Dato’ Yap Pian Hon, Mohd Syaiful Hazreen Bin Haji Hassan.

Seramai 15 orang ibu tunggal dari Taman Universiti Indah, Seri Kembangan telah menerima sebeg beras (10kg) masing-masing yang dibekalkan oleh Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang MCA dan J/K Kebajikan Pembangunan Masyarakat Serdang dengan kerjasama dari UMNO Cawangan Taman Universiti Indah, Seri Kembangan untuk membantu mereka sempena Perayaan Hari Raya Aidifitri.

Sumbangan beras itu disampaikan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang dan Tuan Haji Hasan Nodin Bin Haji Andak, Ketua UMNO Cawangan Taman Universiti Indah dengan disaksikan oleh Saudara Mohd Syaiful Hazreen Bin Haji Hassan, Ketua Pemuda UMNO Taman Universiti Indah.

Senarai ibu tunggal telah diteliti dan diaturkan oleh UMNO Cawangan Taman Universiti Indah supaya keluarga mereka akan menikmati suasana meriah semasa perayaan.

Pian Hon berkata, sumbangan ini sebagai satu tanda keprihatinan dan kerja-kerja kebajikan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dianggap agenda sosial utama bagi meringankan beban hidup mereka.

Diharap lebih ramai pemimpin masyarakat tempatan akan tampil hadapan untuk member kerjasama supaya memberi bantuan kepada golongan miskin semasa musim perayaan selaras dengan dasar penyayang masyarakat.


雪州马华沙登国会服务与咨询中心在史里肯邦安大学岭巫统支会领袖协调下为该区十五名巫裔单亲家庭提供米粮作为欢渡开斋节用途。

该马华服务中心主任拿督叶炳汉主持颁发米粮仪式后发表谈话。出席上述仪式有该区巫统支会主席哈山奴汀,巫青团长赛夫,大学岭居民协会主席黄华泳及会务顾问黄世平等。

叶氏说,在扶贫及协助社会不幸者的社会工作上,必须排除种族,宗教与肤色的歧视,以一个马来西亚概念下协助贫寒者渡过生活难关特别是佳节庆典来临时更应提供适当物品,让彼等与其他常人一样欢渡佳节。

叶氏指出,在巫统基层领袖协调下,为大学岭地区十五名马来单亲家庭在佳节期间提供食品,让彼等家庭及孩子能享有一个欢乐佳日,是沙登马华推行社会扶贫工作的一项社会责任。

巫统支会主席哈山奴汀感谢前任沙登区国会议员拿督叶炳汉为首的马华服务中心不只继续不断关注沙登地区社会经济发展,同时不分种族积极推动地区的扶贫工作上也取得效果,是社会活动工作者的榜样。

06.09.2010

No comments: