Tuesday, February 1, 2011

SMK Bandar Seri Putra, Bangi dibuka Sesi Persekolahan

Ibu bapa dan masyarakat umum di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dn Bangi Lama berasa lega dan gembira kerana SMK Bandar Seri Putra yang baru siap dapat digunakan dan dibuka untuk anak-anak mengikuti pengajian dalam sesi persekolahan tahun 2011.

Ini dinyatakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang bersama saudara Razali Wahab, Ketua UMNO Bandar Bukit Mahkota meninjau kedudukan pendaftaran murid-murid baru di sekolah tersebut.

Jadual asal projek pembinaan sekolah ini benilai RM 20.9 Juta yang mempunyai 36 bilik darjah yang dimulakan kerja pembinaanya pada 05-04-2007 dan sepatutnya siap pada 04-12-2008, tetapi sekolah ini mengalami terbengkalai sehingga kerja-kerja memulihkan pembinaan sekolah ini selepas lawatan YB Datuk Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran pada Februari 2010.
Pian Hon berkata, sekolah menengah ini telah membuka 12 kelas tingkatan 1 dan 5 kelas tingkatan 2 pada sesi persekolahan tahun ini agar masa dan kos yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa di kawasan ini dapat dikurangkan kerana pada masa yang lampau ketiadaan sekolah menengah ini, ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah ke kawasan yang terletak agak jauh seperti di Jalan Bukit, Kajang atau Bandar Baru Bangi yang kini bererti penantian ibubapa untuk menghantar anka-anak di sekolah dekat rumah kediaman sudah berakhir


01.02.2011

No comments: