Monday, January 31, 2011

Projek Terbengkalai Di Serdang Raya akan Dipulih Kerjanya.

Kementerian Kerjaraya akan melantik kontraktor penyiap bagi menyiapkan kerja-kerja terbengkalai di atas projek menaiktaraf persimpangan Jalan Serdang Raya / Jalan Puchong-Sg Besi yang akan dapat memulakan kerja pada awal tahun ini.

Ini dinyatakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang selepas menerima surat daripada Kementerian Kerjaraya untuk memaklumkan keputusan berkenaan.

Pian Hon berkata, Jabatan Kerjaraya Malaysia mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan projek menyiapkan kerja terbengkalai ini dengan berjalan lancar dan akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan bagi keselamatan dan kemudahan kepada pengguna jalanraya dan penduduk setempat.

Projek menaiktaraf persimpangan Jalan Serdang Raya dengan Jalan Puchong–Sg Besi dengan nilai kontrak RM 14.2 juta dengan membina jambatan bertingkat yang telah terbengkalai dekat setahun.

Masyarakat umum mengambil serius terhadap projek terbengkalai ini yang sering mendesak untuk cepat memulihkan kerja supaya menyiapkan projek ini bagi melicinkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan lalulintas sepanjang masa ini.

Beliau menganggap tindakan yang diambil oleh Kementerian Kerjaraya untuk memulihkan kerja-kerja pembinaan jambatan bertingkat akan dapat mengelakkan sebarang andaian dan salah taksif akan projek ini terus terbiar tanpa kawalan oleh pihak tertentu.

Pian Hon berkata dengan adanya komitmen pihak Kementerian Kerjaraya bagi menyiapkan kerja-kerja terbengkalai, tentulah rasa lega dan akan menyelesaikan rasa tidak puas hati orang ramai agar projek ini dapat disiapkan dalam tahun ini.

31.01.2011

No comments: