Wednesday, November 19, 2014

Majlis Mesra antara Parti Konmponen BN Anjuran MCA Serdang Lama


Pemimpin akar umbi cawangan, Pemuda dan Wanita dari  UMNO, MCA, MIC Serdang Lama dan Desa Serdang telah mengadakan satu perjumpaan mesra dan sesi dialog  yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara parti-parti komponen dikawasan tersebut, seterusnya mewujudkan satu persada dan saluran untuk bergerak dan bertindak bersama bagi menyuarakan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat setempatnya.

Majlis ini ditaja dan dikoordinasi oleh Sdr Tan Kok Chin, Pengerusi MCA Cawangan Serdang Lama yang dapat sambutan hangat dan menggalakkan dengan ratusan pemimpin akar umbi cawangan turut hadir termasuk Tuan Haji Mohamed Noor Che Mat, Ketua UMNO Desa Serdang, Sdr Yuvaraj Krishna, Pengerusi MIC Cawangan Desa Serdang,   dan Sdr Lim Kum Fook, Pengerusi MCA Desa Serdang serta Dato Yap Pian Hon, Ketua Pusat Khidmat Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang,




Sdr Tan Kok Chin berkata “Tujuan menganjurkan perjumpaan ini adalah untuk  merapatkan lagi hubungan antara parti komponen di kawasan Serdang Lama dan Desa Serdang. Kita perlu mewujudkan persefahaman dan merancang aktiviti politik dan sosial bersama bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan lebih berkesan dengan mendedahkan kepincangan dan kelemahan pentadbiran Kerajaan Pakatan Selangor agar masyarakat setempat dapat memahami kedudukan dan situasi kemelut politik DAP-PKR-PAS Selangor.”


Hajjah Salmah Mahmod, Ketua Wanita Desa Serdang dan Sdr Yuvaraj Krishna, Pengerusi MIC Cawangan Desa Serdang menyeru ahli-ahli parti BN perlu memperkukuhkan lagi organisasi cawangan masing-masing dengan mewujudkan pasukan kekuatan politik bagi menghadapi cabaran masa depan agar imej parti terjamin untuk menarik sokongan orang ramai menjelang PRU Ke-14.

Dato Yap Pian Hon, selaku Penasihat MCA Cawangan Serdang Lama menghuraikan sejarah politik Pra Merdeka dengan tertubuh Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC untuk memperjuangkan kemerdekaan sehingga negara kita bebas daripada belenggu penjajahan agar pelbagai kaum menikmati kemakmuran, kemajuan dan keamanan sepanjang masa ini. Sejarah kerjasama politik UMNO-MCA-MIC telah memperkukuhkan persefahaman, perpaduan untuk mengeratkan hubungan pelbagai etnik sehingga kini.

Dato’ Yap memuji pemimpin akar umbi UMNO-MCA-MIC kawasan ini ambil inisiatif untuk menganjurkan majlis mesra dan sesi dialog yang akan berhasil sikap positif  bersama untuk memulihkan kekuatan politik bagi meraihkan sokongan masyarakat setempat kepada BN. 

Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan ringan bagi meraikan para pemimpin akar umbi yang hadir bersama.



18.11.2014

No comments: