Friday, September 26, 2008

Bertanding Jawatan Naib Presiden MCA

Kenyataan Bekas Naib Presiden MCA Kebangsaan Dato’ Yap Pian Hon

untuk Bertanding Jawatan Naib Presiden MCA Kebangsaan

Sejak kebelakangan ini perkembangan politik semasa di dalam tanah air telah menyebabkan situasi negara kita menjadi kurang jelas dan kabur. Halatuju politik UMNO di masa hadapan menjadi tumpuan kita dan ini juga merupakan cabaran paling besar di dalam mekanisme Barisan Nasional yang bakal menanti pucuk pimpinan MCA baru yang akan dipilih selepas Oktober. MCA memerlukan pasukan gabungan veteran dan muda yang berkesan untuk memberikan ciri-ciri politik yang mampu menangani situasi bertentangan serta keyakinan untuk mengatasi tekanan politik yang akan membawa masyarakat Cina dan parti keluar daripada krisis sekarang.

Saya telah mengharungi banyak cabaran dan halangan di dalam karier politik dan semua pengalaman politik yang telah dialami merupakan asas kepada keyakinan saya. Tidak mudah mengaku kalah walaupun betapa sukarnya cabaran perkembangan politik pada masa depan merupakan cogan kata yang penting kepada saya semenjak berkecimpung dalam bidang politik.

Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti melalui pilihanraya parti demi kembali ke pucuk pimpinan pusat. Tidak kira ketika semasa dimarginalisasikan atau dipinggirkan di dalam parti, atau pun berhadapan dengan tekanan ditahan dibawah ISA, hasrat mengambil berat dan sokongan kepada parti tetap tidak berubah dan ini telah lama dibuktikan. Biarlah para perwakilan pusat dari akar umbi dengan kebijaksanaan politik lagi matang berpeluang membuat keputusan dengan menilai tingkah laku serta rekod-rekod kerja saya kepada masyarakat yang lepas.

Saya berpendapat bahawa pertandingan jawatan tinggi parti bukanlah pentas untuk merebut kenamaan peribadi, tetapi harus meletakkan masa depan politik parti di atas kepentingan peribadi. Perubahan yang diharapkan oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi dan masyarkat cina melalui system demokrasi di dalam MCA. Sikap terbuka yang boleh menerima kritikan, mengukuh dan memperbaiki mekanisme kepimpinan dan sistem parti, mengelakkan dan menghapuskan penyalahgunaan kuasa di dalam parti mempunyai makna yang penting. MCA harus mempunyai pendirian yang jelas dalam isu kedudukan pelajaran bahasa Cina di dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk mengelakkan parti terus menjadi sasaran pertikaian. MCA juga harus mengelakkan daripada memainkan peranan sebagai“ahli bomba” di atas pentas politik negara dan harus meningkatkan kuasa yang saksama dalam penglibatannya membuat keputusan di dalam Barisan Nasional. Janganlah terlalu merendahkan diri dan cuba berusaha menanggani segala polisi “Hegemonism” di dalam negara untuk menggembalikan keyakinan masyarakat Cina.

Oleh itu, pilihanraya parti demokrasi kali ini merupakan saat-saat kritikal dan titik perubahan baru perkembangan politik MCA, dengan berlakunya perkembangan politik dalaman yang terkini. Para perwakilan pusat akan memilih pucuk pimpinan baru yang harus berusaha sedaya upaya untuk menggembalikan reputasi parti dan keyakinan rakyat. MCA boleh berbangkit semula daripada tragedi pilihanraya kebangsaan ke-12 dengan menganalisa dan membuat kesimpulan daripada ajaran-ajaran sejarah supaya tidak mengulanginya.

Lebih daripada 2 ribu orang perwakilan pusat yang tidak menyandang sebarang jawatan rasmi kerajaan yang hanya menyertai kerja-kerja parti dengan sepenuh kerelaan. Ini mencerminkan komitmen mereka yang amat disanjungi. Reaksi para perwakilan pusat terhadap isu-isu masyarakat serta seruan mereka supaya parti ini bertukar halatuju harus diberi perhatian. Saya yang juga berasal dari peringkat akar umbi memahami hasrat mereka dan boleh memainkan peranan perhubungan di antara ahli dan pucuk pemimpinan. Ini adalah salah satu sebab yang mendorong saya sekali lagi menawarkan diri untuk jawatan tinggi pucuk pimpinan parti.

Saya ingin menegaskan bahawa penyertaan dalam pertandingan pilihanraya parti adalah memenuhi undang-undang parti dan bukannya ingin mencabar atau menentang sesiapa. Ini semata-matanya untuk mendapatkan kepercayaan daripada perwakilan demi membantu membina semula mekanisme dan polisi parti, menguatkan lagi struktur dan organisasi parti. Keluar dari situasi yang sukar dengan memegang kepada prinsip “rakyat adalah asas segala-galanya”, ini merupakan penyelesaian yang paling bijak dalam komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dan komuniti.

No comments: