Monday, February 17, 2014

KENYATAAN MEDIA DATUK YAP PIAN HON, BEKAS NAIB PRESIDEN MCA MENGENAI KOMEN YB LIM KIT SIANG & YAB LIM GUAN ENG YANG MENYENTUH OPERASI LALANG 1987

KENYATAAN MEDIA DATUK YAP PIAN HON, BEKAS NAIB PRESIDEN MCA MENGENAI KOMEN YB LIM KIT SIANG & YAB LIM GUAN ENG YANG MENYENTUH OPERASI LALANG 1987

Punca utama Operasi lalang 1987 ialah tindakan Menteri Pendidikan pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kementeriannya menghantar guru-guru yang tidak tahu berbahasa Cina ke SJKC. Masyarakat Cina memprotes tindakan kementerian itu dengan keras dan ini menyebabkan Kerajaan membuat penangkapan besar-besaran. Pencetus operasi ini tidak lain tidak bukan ialah Anwar!

Sewaktu itu saya selaku Ketua Pemuda MCA mengajak anggota-anggota kami di seluruh negara mengambil bahagian dalam protes. Pemimpin-pemimpin DAP turut menyertai protes juga. Namun Anwar berkeras kepala dan enggan menarik balik arahannya (menghantar guru-guru yang tidak tahu berbahasa Cina) itu. Kenyataan berapi-api Anwar selanjutnya itu membangkitkan lagi banyak kemarahan masyarakat Cina dan ini memaksa Kerajaan bertindak dengan membuat penangkapan.

Seramai 116 orang tokoh politik (termasuk saya sendiri) dan tokoh pendidikan Cina ditahan oleh Polis di bawah Akta Keselamatan Negeri (I.S.A.).


Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan Kit Siang, Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP tentang Anwar yang menjadi punca utama dengan menghantar guru-guru yang tidak tahu berbahasa Cina ke SJKC. Pemimpin-pemimpin DAP tidak harus melupakan fakta bahawa mereka juga turut menghentam Anwar pada waktu itu kerana tindakannya yang tidak patut dan adil.

Pemimpin-pemimpin DAP tidak patut tiba-tiba kehilangan ingatan mereka hanya kerana mereka sudah kow-tow dan menerima Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Mereka tidak harus melupakan siapa yang mencuba menjahanamkan pendidikan Cina pada waktu itu. Sejarah tidak harus dipinda, dan mereka tidak patut melupakan niat jahat Anwar sekarang dengan membantu Anwar berkempen di PRK DUN Kajang! Pengundi-pengundi di Kajang hendaklah mengajar Anwar tentang tindakannya yang tidak adil itu dan memanggil Anwar memohon maaf kepada tokoh-tokoh yang merana di lokap tahanan Operasi Lalang. 


17.02.2014

No comments: