Friday, February 28, 2014

S'gor akan hancur jika pilih Anwar sebagai ADUN Kajang - BN


pada 27-02-2014 03:02 Ditulis Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
SHAH ALAM: Penduduk Kajang perlu bijak dan sedar dalam menilai calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diletakkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut supaya tidak menjejaskan masa depan mereka, kata bekas Naib Presiden MCA, Yap Pian Hon.
 
Ujar beliau sekiranya Anwar dipilih, ia akan menghancurkan Kajang kerana beliau hanya mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercita-cita untuk menjadi menteri besar yang baharu. 
 
"Kalau dia jadi MB, Selangor akan hancur kerana dia tak jujur jalankan tugas dan tanggungjawab untuk memberi faedah kepada rakyat. 
 
"Apa yang dikatakan Anwar selama ini hanya satu dakyah palsu dan tidak akan meyakinkan rakyat. Beliau mahu bertanding di Kajang kerana mahu merampas kuasa Khalid Ibrahim untuk menjadi menteri besar.
 
"Saya yakin pengundi Kajang akan menolak Anwar," kata Yap ketika dihubungi Antarapos.


 

No comments: