Monday, August 2, 2010

Kelambatan Persiapan Projek Pembinaan Persimpangan Bertingkat Serdang Raya.

Pemimpin-pemimpin MCA dan UMNO Seri Kembangan mengambil serius terhadap kelambatan persiapan projek pembinaan persimpangan bertingkat Serdang Raya dekat Seri Kembangan yang terjejas sasaran untuk penyelesaian kesesakan lalulintas Serdang Raya.

Lawatan bersama telah dilakukan ke tapak projek berkenaan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang, Saudara Chin Toong Kang, Ketua Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan, Tuan Haji Abdur Kadir Selamat, Ketua UMNO Serdang Raya, Saudara Sarmin Ali, Ketua UMNO Bukit Serdang untuk meninjau kedudukan projek itu yang rasa terkejut kerana ternampak kerja-kerja pembinan berhenti tanpa sebarang pekerja di situ.

Projek ini dilaksanakan oleh pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 14.2 juta yang bermula projeknya pada Disember 2006 dan dijadual siap pada Disember 2008, tetapi projek ini dilanjutkan sehingga kini masih dalam pembinaannya.

Projek dapat dilaksanakannya berhasil dari usaha gigih yang diperjuangkan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ahli Parlimen Serdang pada ketika itu dengan tujuan menyelesaikan kesesakan lalulintas yang dihadapi di Kawasan Serdang Raya.

Pian Hon berkata, pemimpin-pemimpin MCA dan UMNO Seri Kembangan menyeru kepada Pihak JKR supaya mengambil tindakan segera untuk memulihkan projek ini agar dapat disiapkan sebelum penghujung tahun untuk memberi keselesaan kepada para pengguna jalan selaras dengan konsep 1 Malaysia“Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Pian Hon juga mendesak pihak JKR dapat mengkaji semula sistem trafik sepanjang Jalan Utama (5 KM) Serdang Raya dan mengemaskinikan terhadap 60 buah persimpangan keluar-masuk yang sediada tanpa kebenaran kononnya wujud di kanan kiri Jalan Utama itu agar dapat mengurangkan kemalangan berlaku.

Pian Hon menyatakan bahawa lokasi “persimpangan T” dengan adanya lampu isyarat yang di antara Jalan Utama, Serdang Raya dengan Jalan Besar, Seri Kembangan (Jalan Persekutuan Laluan 3215) yang menghadapi begitu sesak perlu ditangani cepat oleh pihak JKR melalui peruntukan dibawah Rancangan Malaysia Ke-10.

28-07-2010

No comments: