Thursday, August 12, 2010

Pertandingan Bowling Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bkt Belimbing

Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Belimbing, Balakong mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Bowling di Mines Resorts yang menarik seramai 80 orang dari kalangan ahli UMNO termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri untuk menyertai aktiviti itu yang menunjukkan anjuran aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ini dinyatakan oleh Saudara Wan Amrie Hj Wan Abdullah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Belimbing dalam upacara pertandingan itu, Mej (B) Abdul Rahim Bin Mohd Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Sdr Wan Azulkefeli Bin Wan Mohamad, Ketua UMNO Bukit Belimbing dan Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang turut hadir.

Katanya, sokongan dan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin cawangan telah menyumbangkan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ini dan juga memberi peluang kepada pemain-pemain untuk menunjuk bakatnya bagi mempertingkatkan lagi sukan bowling di kawasan ini.

Dato’ Yap juga Bekas Ahli Parlimen Serdang yang menyatakan aktiviti ini ianya faktor yang mendorong anggota parti merapatkan hubungan untuk terus berganding bahu bagi membentuk barisan parti kukuh dan bersikap lebih gigih, walaupun pmimpin-pemimpin akar umbi BN sedang menghadapi tekanan hebat dalam keadaan politik kini di Negeri Selangor, tetapi semangat perjuangan untuk menebus kembali kuasa politik Selangor sedang dilancarkan.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur yang mencapai kejayaan dalam aktiviti ini dan beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang pertandingan Bowling yang memeriahkan keadaan itu.

12.08.2010

No comments: