Thursday, April 21, 2011

无拉港英比益善风灾 Angin Kencang dan Banjir Lumpur Di Taman Impian Ehsan, Balakong !







马华沙登国会选区服务与咨询中心主任拿督叶炳汉及一个马来西亚无拉港社区服务中心主任拿督黎广才医生联袂在昨日(星期三)傍晚巡视无拉港英比益善花园第三区(Taman Impian Ehsan 3)部分组屋屋顶被大风吹掉情况并通知有关发展商尽速修补,避免组屋居民面对困难。



拿督叶炳汉及黎广才医生接获该区巫统领袖阿兹米及哈兹再那通知有关发生风灾事件立即前往现场了解情况后发表上述谈话。



叶氏说,在现场了解有三座组屋屋顶遭受大风破坏不堪,瓦片碎落满地,更有车辆大镜受到碎瓦片击中而破裂。





他也接获申诉该区组屋经常受到水患影响,使到组屋四周道路及停车场受到浸水,泥泞波及,其因素是由于加影市议会缺乏监督其邻近地区兴建工厂期间未做好排水系统所致。




叶氏也是首相署沙登国会选区协调员已致函有关发展商给予协助维修组屋屋顶遭破坏及通知加影市议会建筑专员有关屋顶事件及水患问题应受到关注及处理,以维持组屋居民生活环境受到保障.


2011年4月21日


Sebahagian bumbung Flat Inang, Flet Ghazal, Flat Zapin, Taman Impian Ehsan 3, Balakong telah rosak dan terbang akibat angin kencang berlaku pada 20.04.2011 masa petang dan banjir kilat lumpur juga melanda ke atas muka jalan dan tempat letak kereta selepas hujan lebat di kawasan Flet Inang berpunca dari pembangunan sedang dimajukan disebelah kawasannya yang terjejas dan terganggu kepada penduduk Flet berkenaan.


Ini telah dinyatakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Penyelaras, Kawasan Parlimen Serdang, JPM bersama Datuk Dr. Lai Kwong Choy, Ketua, Pusat Khidmat Komuniti 1 Malaysia Balakong, Tuan Hj. Zainal Abidin Bin Zainuddin, Ketua UMNO Impian Ehsan, Azami Bin Yusop, Wakil Penduduk melawat dan meninjau keadaan kerosakan pada hari sama pukul 6 petang.


Pian Hon berkata, kerosakan bumbung itu telah terjejas kehidupan para penduduk perlu dibaiki segera dan mesej kerosakan ini telah disalurkan kepada pihak Pemaju supaya tindakan diambil untuk membaikinya bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku kerana difahamkan pihak Pemaju masih bertanggungjawab untuk menyelenggarakan Flat-Flat yang dibinanya sebab Badan JMB belum ditubuhkan secara rasminya.



Beliau juga mendesak pihak Majlis Perbandaran Kajang yang merupakan Persuruhanjaya Bangunan bertugas untuk mengawasi dan memantau pengurusan penyelenggaraan dibawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2006 perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu menyelesaikan kes bumbung flat yang rosak.




Pian Hon juga menggesa pihak Majlis Perbandaran Kajang untuk mengambil tindakan ke atas banjir kilat lumpur melanda ke Flat Inang bagi mengatasi masalah berkenaan agar dapat memberi kemudahan yang baik untuk menyenangkan para penduduk.


21.04.2011

No comments: