Saturday, April 16, 2011

SMK Desa Serdang akan Dibuka tidak lama lagi






Masyarakat umum dan penduduk di sekitar kawasan Desa Serdang, Balakong Jaya, Taming Jaya, Taman Sg Besi Indah akan rasa lega dan gembira kerana projek Pembinaan SMK Desa Serdang akan siap bulan Mei 2011 dan dicadang pembukaan sesi persekolahan pada masa terdekat untuk menyelesaikan kerumitan murid-murid tempatan ke sekolah menengah yang jauh jaraknya pad masa lampau.




Bentuk struktur bangunan sekolah baru ini begitu indah dan canggih yang disediakan merupakan ala wajah kolej yang menyakinkan dan memenuhi harapan inspirasi pendidikan di kawasan Parlimen Serdang.




Anggaran RM 28.7 juta telah dibiayai oleh kementerian pelajaran untuk projek pendidikan ini di atas tapak seluas 6 ekar dengan mengadakan 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan dan kelengkapan untuk SMK Desa Serdang baru ini.




Ini telah dinyatakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, JPM merangkap Ketua Pusat Perkhidmatan dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang bersama dengan Tuan Haji Kadir Selamat, Naib Ketua UMNO Bahagain Serdang dan pemimpin-pemimpin UMNO lain serta Dato’ Dr. Lai Kwong Choy, Ketua Pusat Khidmat Komuniti Balakong 1 Malaysia, Saudara Chin Toong Kang, Ketua Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan dan pemimpin MCA tempatan selepas taklimat ringkas kaitan pembinaan bangunan sekolah baru hampir siap oleh Tuan Haji Rajli, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat dan kontraktor pembinaannya.




Pian Hon difahamkan bahawa murid di sekitar kawasan ini sedang menuntut pelajaran di SMK Seri Kembangan atau Sri Serdang yang jauh jaraknya yang membebankan kewangan ibu bapa dan kerumitan pengangkutan ke sekolah sepanjang masa dahulu yang masalah dihadapinya akan berakhir pada masa terdekat.




Beliau mendesak bahawa Jabatan Pelajaran Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat akan menimbangkan untuk membuka sesi persekolahan pada Bulan Julai akan datang agar kemudahan pendidikan yang disediakan ini akan memanfaat kepada murid-murid bagi memenuhi hasrat ibu bapa supaya anak mereka akan mendapat pendidikan berhampir dengan rumahnya akan tercapai.

16.04.2011

No comments: