Monday, December 12, 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500.00

Rakyat Serdang yang menunggu untuk mendapatkan wang bantuan RM500.00 dibawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia mula membanjiri kaunter-kaunter yang disediakan borang tuntutan bantuan itu di Pejabat Perkhidmatan MCA Serdang, Seri Kembangan.

Pemberian Kerajaan Persekutuan bantuan teras sekali bayar RM500.00 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000.00 sebulan dan ke bawah yang akan diagihkan mulai 16.01.2012 manakala tempoh pendaftaran akan bermula hari ini hingga 10.01.2012.

Dato' Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Sdr. Chin Toong Kang, Ketua Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan, Datuk Dr. Lai Kwong Choy, Pengelola Program 1 Malaysia Balakong menyeru kepada penduduk-penduduk yang layak bolehlah datang ke Pejabat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan untuk mendaftar borang berkenaan. Borang permohonan itu diberi percuma.

12.12.2011

No comments: