Friday, December 16, 2011

Kayuhan Sihat 1Malaysia - Balakong

Lebih ribu penyayuh basikal menyertai Program Kayuhan Sihat 1 Malaysia Balakong yang telah dilancarkan di Bandar Tun Hussein Onn, Balakong.

Dato' Yap Pian Hon, Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, JPM, Datuk Dr. Lai Kwong Choy, Ahli Lembaga Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dato' Dr. Yahya Baba, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Sdr. Ungku Mohd Salleh, Sdr. Mej (B) Rahim dan lain-lain pemimpin NGO turut hadir.




Dato' Che Abdul Ghani Bin Che Lah, Pengerusi Program Kayuhan 1 Malaysia, Balakong mengucap terima kasih ke atas ribuan peserta kayuhan dalam program ini.

Beliau berharap bahawa cadangan pembinaan Klinik Kesihatan di Bandar Tun Hussein yang diinisiatif oleh Dato' Yap perlu cepat dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan.



Dato' Yap mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK Program Kayuhan Sihat untuk memenuhi hasrat dan maklumat promosi kesihatan. Pihak Kementerian Kesihatan telah kenalpasti tapak Klinik Kesihatan di Bandar Tun Hussein Onn dan harap projek itu akan dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 agar dapat memberi kemudahan kesihatan dan perubatan kepada penduduk-penduduk yang melibat lebih 30 taman perumahan di sekitarnya.

Dato' Dr. Yahya Baba telah merasmikan Program Kayuhan 1 Malaysia Balakong.

16.12.2011

No comments: