Thursday, August 30, 2012

Kaunter Saman Di Seri Kemabnagan Didesak Membuka Semula !

Komuniti Serdang mendesak pihak IPD Serdang dan IPK Selangor agar dapat membuka semula kaunter bayar saman dan laporan kes kemalangan di Pejabat Trafik Balai Polis Seri Kembangan yang telah terhenti operasi pada awal tahun semasa perpindahan IPD Serdang dari Taman Equine ke bangunan baru IPD Serdang di Bandar Kinrara, Puchong.

Dato’ Yap Pian Hon, Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang menyatakan rayuan sedemikian supaya kaunter perkhidmatan dan kemudahan kepada masyarakat umum terus dapat dinikmati sejak beroperasi pada tahun 2009 yang kini terpaksa ke Puchong yang jarak jauh untuk menjelaskan bayaran berkenaan.

Dato’ Yap berkata, surat rayuan bertarikh17.05.2012 kepada IPD Serdang dan IPK Selangor pada 05.06.2012 untuk membuka semula kaunter berkenaan dapat ditimbangkan selaras dengan konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan.

Dato’ Yap juga mengemukakan cadangan mewujud Balai Polis Bandar Putra Permai, Seri Kembangan untuk memberi perkhidmatan kepolisan kepada lebih 100,000 orang penduduk yang kini terpaksa ke Balai Polis Seri Kembangan atau Balai Polis Serdang bagi melaporkan sebarang kes berlaku di kawasan ini.

Dato Yap menganggap bahawa keperluan begitu mendesak untuk mewujudkan Balai Polis Bandar Putra Permai perlu dapat ditimbangkan segera oleh IPD Serdang dan IPK Selangor agar tindakan mempercepatkan wujudnya Balai Polis dapat diadakan untuk memenuhi hasrat dan kehendak masyarakat setempat.




29.08.2012

No comments: