Tuesday, December 31, 2013

Di Ambang 2014 - Najib Razak


Subject: Di Ambang 2014

From:

Najib Razak (admin@1malaysia.com.my)
To: mpserdang@yahoo.com;

Date:

Tuesday, December 31, 2013 5:11 PM


Dato Yap Pian Hon yang dikasihi,

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia!


Negara yang terus cekal menghadapi cabaran adalah negara yang ditakdirkan untuk mengecap kecemerlangan.

Hakikat ini menjadi lebih bermakna apabila tahun baru bakal tiba sekali lagi. Semangat kecekalan inilah yang akan menemani kita, dan memperkasakan kita dalam mengharungi masa hadapan. Dalam lembaran sejarah, kemenangan sentiasa berpihak kepada negara yang tabah, terus bersatu dan bersama-sama berusaha untuk menghadapi cabaran yang menguji mereka.

Benar, ketika Tahun Baru semakin hampir, kita bakal menghadapi pelbagai cabaran tersendiri, sama seperti generasi-generasi sebelum kita. Ada yang berpendapat bahawa dugaan-dugaan kita dewasa ini adalah jauh lebih besar, ada pula yang berpendapat ianya tidaklah sehebat dulu. Walau apa pun pandangan kita tentang hakikat ini, kita tidak boleh menyerah kalah. Kita harus terus mara ke hadapan dan menghadapi semua ini seperti yang kita lakukan sebelum ini: dengan kesungguhan, keberanian dan solidariti. Kita harus terus mempercayai diri sendiri, dan membuktikan kemampuan kita.


Jangan kita lupa bahawa pembangunan negara adalah tanggungjawab setiap individu di Malaysia. Ia tidak boleh diletakkan di atas bahu hanya seseorang individu atau sekumpulan individu semata-mata - ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun agama. Ini hakikat sejak zaman berzaman. Jika kita ingin berjaya, kita harus sama-sama berdiri dan memikul tanggungjawab ini. Jadikanlah ia sebagai misi peribadi kita.

Akhir kalam, saya mengambil peluang ini untuk menyeru setiap rakyat Malaysia agar melakukan apa yang selama ini kita laksanakan dengan baik: bersama-sama memikul tanggungjawab peribadi untuk menjadikan negara kita lebih makmur dan harmoni.

Selamat Tahun Baru 2013.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda boleh baca perutusan saya sempena Tahun Baru 2014 di http://www.1malaysia.com.my/blog/pesanan-tahun-baru-perdana-menteri/

Najib Razak

No comments: