Wednesday, April 15, 2009

Tarikh : 14-04-2009
Saudara Pengarang (Ruang Forum)
Utusan Malaysia,
46M, Jalan Lima,
Melalui Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.

Saya tertarik keluhan daripada “Rakyat Cikgu Lee, TKM 1, Kajang” yang disiarkan dalam Ruang Forum bertarikh 09-04-2009 dengan Tajuk “YB, denda cukai pintu RM 20.00 itu besar!”

Keluhan ini dirasa sama oleh penduduk Seri Kembangan yang dikena denda lewat bayaran cukai taksiran sebanyak RM 20.00 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Lebih mendukacitakan ialah terdapat setengah-tengah rumah kediaman telah dikenakan pindaan kepada senarai nilaian bagi harta dijadikan cukai taksiran (Cukai Pintu) melambung baik seperti salah satu rumah di kawasan 13, Seri Kembangan telah dipinda cukai taksiran tahunan daripada RM 59.00 kepada RM 2,382.00 dan salah satu rumah di kawasan 4, Seri Kembangan juga dipinda taksiran daripada RM 309.00 kepada RM 2160.00 serta Pejabat Persatuan Murid-murid Tua Serdang Baru dinaikkan dari RM 60.00 kepada RM 4,536.00.

Pemilik-pemilik rumah berkenaan telah mengemukakan bantahan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya mengikut Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 tetapi difahamkan Mesyuarat Pendengaran Bantahan dan Mesyuarat J/K Kewangan dan Taksiran MPSJ telah memutuskan untuk mengekalkan nilai tahunan harta baru tersebut.

Kononnya, Negeri Selangor telah dilaungkan sebagai negeri kebajikan dan mesra rakyat selepas pilihanraya Ke-12 sedangkan pihak MPSJ terus mengamalkan dasar membebankan kehidupan penduduk di Seri Kembangan tanpa menghiraukan kedudukan ekonomi yng mendap akibat krisis kewangan antarabangsa.

Apa sebabnya berlaku begitu teruk keadaannya setelah pindaan kepada senarai bagi harta di setengah-tengah rumah kediaman di Seri Kembangan yang kawasan ini sebagai kampung baru diwujudkan pada zaman darurat tahun 1948 yang kini keadaan infrastrukturnya masih ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain dibawah pentadbiran MPSJ.

Tindakan Kenaikan cukai taksiran baru ini merupakan duri dalam daging yang dihadapi oleh masyarakat setempat sehingga kini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bersikap diam diri ke atas keputusan secara sewenang-wenangnya yang diambil oleh MPSJ.

No comments: