Thursday, October 21, 2010

Seblok Bangunan Baru di SRJK ( C) Serdang Baru 1, Seri Kembangan. Dijangka Siap Pada Hujung Tahun 2010.

Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM 3.13 Juta bagi membina seblok bangunan baru untuk menggantikan bangunan lama yang lapuk dan tidak selamat digunapakai di SRJK ( C) Serdang Baru 1, Seri Kembangan.

Ini telah disuarakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang selepas meninjau perkembangan projek ini bersama dengan Chin Toong Kang, Pengerusi Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan dan dan Wong Kim Choy, Ketua MCA Cawangan Kawasan 2, Seri Kembangan.

Projek ini disenaraikan dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang dikendalikan oleh Pihak JKR dan jangka siap pada hujung tahun ini. Projek pendidikan ini berhasil dari usaha perjuangan Dato Yap Pian Hon sepanjang masa sebagai Ahli Parlimen Serdang dahulu.

Pian Hon berkata, projek pembinaan bangunan baru ini mengandungi empat tingkat berukuran 75 meter panjang X 7.5 meter lebar yang mempunyai 12 bilik darjah dan bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik sains, bilik guru, pusat sumber, 3 stor dan 8 tandas.

Katanya, dengan siap bangunan sekolah ini akan mempertingkat dan melengkapkan lagi kemudahan pendidikan untuk memenuhi hasrat dan kehendak ibu bapa dan masyarakat di kawasan Seri Kembangan.

20.10.2010

No comments: