Thursday, October 21, 2010

Sumbangan Beras Kepada Surau Ar Rahman, Taman Desa Karunmas, Balakong

Sejumlah 20 kampit beras (10 kg) telah disampaikan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang sebagai sumbangan kebajikan untuk menyahut seruan dari Pentadbiran Surau Ar Rahman, Taman Desa Karunmas, Balakong untuk membantu warga emas di kawasan berkenaan.

Dato’ Yap juga sebagai bekas Ahli Parlimen Serdang telah menyerahkan sumbangan beras itu kepada Haji Adanan Bin Rubin, Pengerusi Surau Ar Rahman, Taman Desa Karunmas, Balakong yang disaksikan oleh Kamarul Arifin, Setiausaha Surau itu.

Haji Adanan Rubin berkata, bantuan kebajikan kepada warga emas ianya aktiviti sosial dan prihatin kepada orang yang kurang nasib baik yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau. Sikap prihatin dan kerjasama daripada bekas Ahli Parlimen Serdang merupakan amalan perkhidmatan sosial sejak dahulu walaupun kini tidak memegang jawatan wakil rakyat terus membantu orang miskin dijadikan teladan dan dihargai.

Pian Hon kini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Serdang sering memberi sumbangan barang makanan atau alat-alat keperluan OKU untuk meringankan beban kehidupan mereka dan beliau baru-baru ini menyumbangkan beras, biskur, susu, dan lain-lain makanan kepada Shirley Nurhidayah Chan, seorang ibu tunggal yang sedang tinggal di Rumah Murah Taman Sri Indah, Balakong.

20-10-2010

No comments: