Thursday, November 25, 2010

Kebajikan Di West Country, Bangi 万宜西埠园福利工作。

Golongan kurang bernasib baik di sekitar kawasan DUN Bangi seperti OKU, Ibu Tunggal, orang papa (tua) dan pesakit melarat yang layak boleh memohon bantuan kewangan bulanan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat.

Ini disuarakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang semasa sesi temubual pemohon dan menerima permohonan baru untuk mendapat bantuan kewangan kebajikan yang diadakan di dewan SJK (T) West Country Seksyen 5, Bangi yang disaksikan oleh En Kumaravellu, Ketua MIC West Country, Mejar(B) Rahim Bin Mohd Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang, Puan Maimunah Bt Abd Karim, Ketua Wanita dan Baharin Bin Aminuddin, Setiausaha UMNO Bahagian Serdang.

Pian Hon juga bekas Ahli Parlimen Serdang berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat komited menyediakan bantuan kewangan untuk golongan kurang bernasib baik tertakluk kepada syarat kelayakan untuk meringankan beban hidup mereka.

Beliau berkata, seramai 117 orang (37 Melayu, 55 India dan 25 Cina) yang mengemukakan permohonan bantuan kewangan kebajikan kawasan DUN Bangi sejak awal tahun ini telah dikenalpasti mengikut rekod pendaftaran yang diterima dengan senarai pecahan lokasi Jalan Reko 23 orang, West Country 15 orang, Kajang Utama 25 orang, Bukit Mewah 18 orang, Jalan Bukit 8 orang, Sg Ramal 11 orang, Bandar Baru Bangi 9 orang, Bangi Lama 6 orangi dan Bandar Bukit Mahkota 2 orang.

Pian Hon menegaskan bahawa Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat yang dilantik akan memproses temubual, menyemak permohonan bagi menentukan syarat dan kriteria kelayakan bantuan kebajikan dari pemohon akan diselesaikan sebelum penghujung Disember tahun ini.

马华沙登国会选区与咨询中心主任拿督叶炳汉表示,所有万宜州选区内117名贫苦者,年迈或残障者及痼疾申请福利金将由助理福利官进行面试及审查申请表格,以在今年底前完成手续。

叶氏在西埠园淡小出席助理福利官审查申请福利金表格及接受新申请书仪式上致词时所作的表示。

国大党西埠园主席古玛,巫统沙登区会署理主席拉欣,秘书巴哈林及妇女组主席迈慕娜也出席上述仪式。

Unfortunate groups living in Bangi area like OKUs, single-parent, old and hard-core poor and dragging-on sicked which are eligible within the guidelines stipulated can apply for monthly financial aid from Social Welfare Department .

Dato’ Yap Pian Hon, Chief of Serdang Parliamentary Service And Coordination Centre briefed new applicants for welfare aid at the SJK (T) West Country, Section 5 Bangi recently. Mr. Kumaravellu, Chairman of MIC West Country Branch, Major (R) Rahim Mohd. Amin, Deputy Chairman of UMNO Serdang Division, Puan Maimunah Abdul Karim, UMNO Serdang Division Women’s Wing Chief and Encik Baharin Aminuddin, Division Secretary of UMNO Serdang attended and witnessed the programme.

Pian Hon who is also former Serdang Member of Parliament said that the Social Welfare Department is committed to provide financial aids for these unfortunate groups. However, they are subject to the guidelines laid down by the Department in order to qualify for such aids.

He stressed that a total of 117 applications (comprising of 37 Malays, 55 Indians and 25 Chinese) were put forward to the Social Welfare Department Hulu Langat District for monthly financial aid from the Bangi area since early this year. Lists records from welfare office showed that breakdown by sub-zones are, 23 applicants for Jalan Reko, 15 for West Country, 25 for Kajang Utama, 18 for Bukit Mewah, 8 from Jalan Bukit, 11 for Sungei Ramal, 9 for Bangi New Town, 6 for Bangi Lama and 2 from Bandar Bukit Mahkota.

Pian Hon reiterated that an appointed Assitant Social Welfare Officer to arrange and speed up interviews, verification for eligibility processes in order to clear the existing applications before end of the year.
25.11.2010

No comments: