Tuesday, November 30, 2010

Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, Bangi Siap Diguna.

Projek pembinaan Klinik Kesihatan serta Kuartes kakitangan di Bandar Seri Putra, Bangi siap dibina mengikut jadualnya akan memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk kawasan perumahan ini, ianya juga boleh memanfaati oleh penduduk kawasan Bandar Bukit Mahkota dan taman-taman perumahan Bangi Lama.

Fakta utama wujudnya klinik ini kerana kepadatan penduduk di sekitar kawasan perumahan ini semakin meningkat untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan rawatan dan saringan lebih dekat jaraknya.

Ini telah dinyatakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang semasa melawat bersama Mejar (B) Rahim Bin Mohd Amin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Serdang dan En. Razali Bin Wahab, Ketua UMNO Bandar Bukit Mahkota untuk meninjau keadaan bangunan baru ini.
Projek ini dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 dengan kosnya RM 16 Juta di atas tapak seluas 5 ekar yang disediakan dalam pelan susunatur pembangunan pemaju di Bandar Seri Putra.

Dato’ Yap juga bekas Ahli Parlimen Serdang berasa lega dan gembira terhadap komitmen Kementerian Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menjadikan penduduk di sekitarnya lebih mudah memperolehi kemudahan kesihatan yang baik agar taraf kesihatan penduduk akan meningkat dari masa ke semasa.

Pian Hon berharap klinik kesihatan ini akan dapat beroperasi perkhidmatannya untuk orang ramai akan dapat diadakan pada awal tahun depan supaya golongan yang berpendapatan rendah akan lebih mudah dan meringani beban hidupnya untuk menikmati kemudahan ini

Pian Hon menyeru kepada Jabatan Kesihatan akan mengekalkan operasi Klinik Desa Bangi Lama yang telah berkhidmat begitu lama kepada orang ramai masih relevan dan keperluan perkhidmatan oleh masyarakat setempat sedangkan klinik kesihatan telah wujud di Bandar Seri Putra.

30-11-2010

No comments: