Dari Sebelah Kiri Dato Yap Pian Hon adalah Chin Toong Kang, Hew Yee Loon, dan Loo Moon Whai (Pengerusi MCA Seri Kembangan)
Sebanyak 418 pemilik rumah pangsa murah Aman Jalan SK 6/1, Bukit Serdang, Seri Kembangan akan berasa lega dan cerah harapannya untuk mendapatkan hakmilik strata setelah menunggu 10 tahun lamanya atas persetujuan dan komitmen daripada MCA Seri Kembangan bagi membantu mereka.
Ini telah disuarakan oleh Dato’ Yap Pian Hon, Ketua Pusat Perkhidmatan Dan Penyelarasan Kawasan Parlimen Serdang dengan sokongan dan kerjasama dari En Chin Toong Kang, Pengerusi Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan semasa lebih 250 penduduk menghadiri majlis dialog yang dianjurkan oleh MCA Seri Kembangan.
Penerangan dan penjelasan yang menggariskan prosedur untuk mendapatkan suratan hakmilik strata secara mendalam dari pemimpin MCA yang memberi gambaran yang cukup nyata kepada penduduk yang mereka bersetuju menerima pandangan pihak MCA setelah soal jawab diadakan supaya pemilik-pemilik akan menerima suratan hakmilik strata melalui bantuan pihak MCA.
Pihak MCA telah menetapkan setiap Hari Selasa pukul 8pm hingga 10pm dan Hari Khamis pukul 9 pagi hingga 5 petang di Pusat Perkhidmatan MCA Seri Kembangan yang terletak di Bangunan MCA Seri Kembangan untuk menerima dokumen termasuk salinan surat perjanjian jual beli, salinan kad pengenalan pemilik dan salinan cukai taksiran terkini agar dapat diteliti dan disemak oleh Saudara Hew Yee Loon, Penasihat Undang-undang MCA Seri Kembangan supaya dokumen berkenaan akan dapat dikemukakan kepada pihak pemaju untuk diproses mengikut peraturannya.
08.11.2010

No comments:
Post a Comment