Tuesday, October 22, 2013

Emel Dari PM - Langkah-Langkah Bertanggungjawab Dalam Mengurus Subsidi

Dato Yap Pian Hon yang dikasihi,

Salam 1Malaysia,

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk merasionalkan beberapa subsidi yang sedia ada bagi membantu kita mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak menentu, termasuk merasionalkan subsidi minyak.

Pada bulan September lepas, saya telah mengumumkan langkah untuk memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen, dan ini secara langsung telah menyebabkan kenaikan harga minyak.

Saya percaya kita perlu mengambil langkah jangka masa panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan pada masa kini, supaya kita tidak akan membebankan generasi yang akan datang kelak.

Walaubagaimanapun, saya ingin meyakinkan semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah, bahawa kerajaan sentiasa peka dan bersedia dengan langkah-langkah pelaksanaan bagi membantu anda mengatasi kenaikan harga ini.

Sila ikuti laman blog saya di http://www.1malaysia.com.my/blog/langkah-langkah-bertanggungjawab-dalam-mengurus-subsidi/ untuk mengikuti perkembangan mengenai isu rasionalisasi subsidi ini serta maklumat terkini tentang Bajet 2014.


Oktober 20th, 2013 by Najib Razak

No comments: